Posts

Showing posts from December, 2022

Pemilihan UMNO: Semua Peringkat Wajar Dipertandingkan Demi Maruah Parti

Image
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menegaskan agar pemilihan UMNO yang akan berlangsung tahun depan, wajar dipertandingkan untuk semua peringkat termasuklah Presiden dan juga Timbalan Presiden. Semasa 13 Disember lalu, Notis Khas dikeluarkan oleh Setiausaha Agong UMNO tentang Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dijadual berlangsung pada 13 Januari 2023 seakan-akan ingin membiarkan perkara ini berlaku dan ini sebenarnya akan merencatkan lagi demokrasi parti. Ini bukan parti keluarga. Ini parti yang mempunyai ahli lebih 3 juta. Jadi amat tidak wajar, perkara ini dibiarkan. Hari demi hari, semakin kuat kedengaran ura-ura satu usul khas akan dibahas seterusnya diluluskan dalam Perhimpunan tersebut, iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam Pemilihan UMNO akan datang. Saya melihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian (Beruas, Sg Besar & Pasir Salak) yang secara jelas sebut tidak mahu jawa...