"Kestabilan & Kemakmuran" Tema PRU-15 Barisan Nasional

 

"Kestabilan & Kemakmuran" Tema Yang Akan Digunakan PRU-15 Ini.



KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2022 - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) malam ini turut bersetuju agar tema utama manifesto bagi PRU-15 ialah “Kestabilan Dan Kemakmuran”. 



Menurut Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Sri Ahmad Maslan, UMNO berpendapat bahawa tema seumpama ini telah digunakan sewaktu PRN Melaka dan PRN Johor dan harus dikekalkan untuk PRU-15 ini.


Tema ini akan dibawa ke Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional untuk persetujuan bersama sebelum ia akan digunakan PRU-15 ini.


UMNO juga turut menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk PRU-15.  


"UMNO berpendapat PRU-15  boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh, katanya ketika Sidang Media di Menara Dato Onn malam ini.


Berkaitan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2022 pula, tarikh baru Perhimpunan Agung UMNO yang sebelum ini ditentukan pada 23-26 November 2022 akan diubah kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.




Comments

Popular posts from this blog

UMNO PADANG TERAP USUL ISMAIL SABRI TERUS TERAJUI KEPIMPINAN NEGARA

LAPORAN POLIS & SAMAN TERHADAP YB SYED SADDIQ

BN HARUS BERANI MELETAKKAN LEBIH BANYAK CALON MUDA