UMNO Hormati Titah Agong

  

UMNO Hormati Titah Agong Bahawa Ketidakstabilan Politik Perlu Dihentikan Segera 



KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2022 - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini yang membincangkan mengenai beberapa isu berkaitan dengan gerak kerja dan persiapan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 setelah Parlimen Penggal ke 14 telah dibubarkan secara rasminya hari ini.


UMNO juga menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen.


Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sri Ahmad Maslan, ia selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.


"UMNO menghormati titah Tuanku bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik yang tidak menentu bahkan perlu mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara, kata Ahmad Maslan 


"UMNO berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri dalam mentadbir negara. Malah mengisytiharkan UMNO dan BN sebagai musuh utama hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada UMNO yang menerajui Kerajaan," katanya ketika Sidang Media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn malam ini.


Comments

Popular posts from this blog

UMNO PADANG TERAP USUL ISMAIL SABRI TERUS TERAJUI KEPIMPINAN NEGARA

LAPORAN POLIS & SAMAN TERHADAP YB SYED SADDIQ

BN HARUS BERANI MELETAKKAN LEBIH BANYAK CALON MUDA