Propaganda PH-PN meloyakan..

Propaganda PH-PN meloyakan..

Oleh : Naseron Ismail


Terbaca certot kat MedSos, mengutuk BN macam-macam konon selama 61 tahun memerintah (selepas Merdeka) satu apa pun Kerajaan BN terdahulu tak buat?


Nak gelak pun ada, sedih pun ada, marah pun bercampur-aduk. Yang bercakap itu Melayu, anak tempatan..


Angah nak tanya: Kau lahir kat katil Hospital maner sampai terseliuh urat otak jadi bodoh piyang!?


Hospital tempat kau beranak tu siapa yang buat?


Kau pergi ke TADIKA KEMAS bukan? Tadika tu kerajaan PH-PN ker yang buat?


Pastu kau pergi pula ke Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, sekolah tu semua siapa yang buat? 


Yang luluskan belanjawan bina sekolah berjuta2 tu PH ker? 


Dan kau bayar ker gaji guru-guru dan staf semua!?


Lepas tu kau masuk ke ITM (kini UiTM), siapa yang bina dan biayai? 


Seingat aku Tun Abdul Razak dari PERIKATAN (kini BN) yang cadang supaya Kerajaan bina Maktab RIDA untuk kaum Bumiputra.


Kemudian ada yang dapat Biasiswa Persekutuan (JPA) untuk sambung belajar ke Overseas, itu inisiatif siapa jika bukan BN?


Kemudian Kerajaan BN perkenal PTPTN supaya semua berpeluang belajar, yang Cemerlang, First Class Honours tak payah bayar, yang kau dapat CGPA cukup nyawa tu apasal!?


SEPANJANG tempoh 61 tahun pemerintahan, BN sudah melakukan yang terbaik dan bina macam2..


Hospital, Sekolah, Universiti, Industri, Jalan dan Lebuhraya, Jambatan, Pelabuhan, Lapangan Terbang, FELDA, FELCRA, MIDA, MIDF, LTH, PNB.. Macam2lah! Tapi apa Kerajaan PH-PN kau dah bina dan buat?


Jambatan Pulau Pinang 1&2? Itu projek Kerajaan BN laa. Projek Terowong tuh betul Lim yang punyer! Tapi maner diaa!!?


KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Pelabuhan Kelang, Pasif Gudang, Tanjung Pelepas dan kesemua Lapangan Terbang di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak Kerajaan BN yang bina laa!!


Dari lahir, sejak dari kanak-kanak, menjadi remaja, bersekolah, masuk Kilek dan Universiti, bekerja, berkeluarga, di hari tua, Kerajaan BN yang tolong dan tanggung, kini tega mendabik dada konon BN tidak ada sumbangan apa-apa!?


Wakeup! Bersyukurlah dengan apa yang ada, itulah bahagia.


#PentasNGO



















Comments

Popular posts from this blog

UMNO PADANG TERAP USUL ISMAIL SABRI TERUS TERAJUI KEPIMPINAN NEGARA

LAPORAN POLIS & SAMAN TERHADAP YB SYED SADDIQ

BN HARUS BERANI MELETAKKAN LEBIH BANYAK CALON MUDA