Posts

Showing posts from October, 2022

PH ada LGBT. UMNO Keruh.

Image
PH ada LGBT. UMNO Keruh.  Mohd Puad Zarkashi  Ustaz Hadi kata, PAS tidak boleh bekerjasama dengan PH. PH sokong LGBT, ada komunis, tolak Raja dan mengkhianat orang Islam. Abdul Hadi turut kata: “BN ada keruh.... keruhnya masih ada penerima rasuah. Lepas tu rakus nak perintah lagi”.  https://m.malaysiakini.com/news/639798 Keras komen Hadi tu. Apa pula komen Hadi terhadap Bersatu? Bukankah Bersatu banyak katak? Azmin kluster apa pula? Ok ke dia tu pada PAS. Kalau UMNO keruh, kenapa Muktamar PAS lulus usul untuk bekerjasama dengan UMNO? Ustaz Hadi sendiri yang bangun menyokong.

BN HARUS BERANI MELETAKKAN LEBIH BANYAK CALON MUDA

Image
BN HARUS BERANI MELETAKKAN LEBIH BANYAK CALON MUDA KUALA LUMPUR 17 Oktober 2022 - Meletakkan calon politik muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah langkah yang efektif bagi menarik minat dan keyakinan para pengundi muda yang pertama kali bakal mengundi. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam perkara itu adalah penting untuk Barisan Nasional kerana golongan pengundi muda yang berusia 18 hingga 21 tahun berasa lebih dekat dengan calon-calon muda yang bakal menjadi suara dan wakil mereka di masa hadapan berbanding calon politik yang lebih senior. Aizat Azam berkata, selain itu golongan pengundi muda sekarang juga lebih bijak, peka dan mengambil berat mengenai manifesto yang diperjuangkan oleh calon atau parti tertentu. Oleh itu, katanya, beliau mempunyai rancangan yang jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda jika diberikan mandat oleh rakyat pada PRU15 bagi memperkasakan golongan muda. "BN dan UMNO perlu menawarkan janj...

LAPORAN POLIS & SAMAN TERHADAP YB SYED SADDIQ

Image
LAPORAN POLIS & SAMAN TERHADAP YB SYED SADDIQ Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman dan beberapa kepimpinan MUDA yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Pemuda UMNO. Mereka mendakwa bahawa Pemuda UMNO telah membuat provokasi & kekacauan ketika Ceramah Mega Muar MUDA sedang berlangsung semalam.  Tuduhan ini dikemukakan dalam bentuk ucapan & beberapa paparan di dalam laman twitter yang menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa YB Syed Saddiq sedang berucap di perkarangan Pejabat Parti MUDA Muar, semalam.  Selaku Ketua Pemuda UMNO Muar, saya menegaskan bahawa Pemuda UMNO Muar khasnya, dan Pemuda UMNO secara keseluruhannya menolak politik secara provokasi sebegini & ialah adalah budaya yang tidak diamalkan oleh Pemuda UMNO.  Untuk pengetahuan semua, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Bahagian Muar terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO...

UMNO PADANG TERAP USUL ISMAIL SABRI TERUS TERAJUI KEPIMPINAN NEGARA

Image
UMNO PADANG TERAP USUL ISMAIL SABRI TERUS TERAJUI KEPIMPINAN NEGARA  PADANG TERAP, 15 Okt - UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul tanpa berbelah bahagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ketuanya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO bahagian itu turut meluluskan usul memberi kepercayaan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti menyusun strategi memperkukuhkan UMNO. "Alhamdulillah, UMNO Padang Terap mencapai kata sepakat itu dengan ketetapan tersebut yang menandakan keyakinan teguh seluruh kepimpinan Bahagian Padang Terap untuk melihat  UMNO terus diperkukuhkan. Kepimpinan dan seluruh ahli-ahli UMNO Padang Terap juga mencapai kata putus itu selaras dengan situasi semasa iaitu untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi", katanya dalam satu kenyataan kepada media. Tambah Mahdzir, UMNO Bahagian itu juga melu...

UMNO FOKUS KEMENANGAN DI NEGERI TIDAK BUBAR DUN

Image
UMNO FOKUS KEMENANGAN DI NEGERI TIDAK BUBAR DUN  KUALA NERANG, 15 Okt - UMNO akan memberikan tumpuan untuk mencapai kemenangan bagi calon-calon Parlimen di negeri-negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.  Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, fokus UMNO ketika ini adalah memberi tumpuan kepada jentera parti di setiap Parlimen selepas parti itu memutuskan untuk bergerak solo dalam PRU kali ini. "Jentera itu makna berapa DUN yang ada dalam itu, berapa pusat daerah mengundi yang ada, dia buat  sendiri.(Jadi) orang dalam itu akan tahu dia punya kekuatan  besar mana sekarang atau dia punya ketumbukan tentera itu.  Yang keduanya barulah bercakap mengenai isu, orang nak sokong atau tidak? Rakyat akan bagi persepsi, kepada keseluruhan jentera itu dan yang ketiganya baru datang kepada isu nasional yang hendak dibawa". Beliau berkata demikian pada sidang media sel...

FUNDRAISING DANA PRU-15 ISHAM JALIL

Image
 FUNDRAISING DANA PRU-15 ISHAM JALIL Sejak kekalahan BN dalam PRU-14 pada tahun 2018, kita telah terus berjuang bersama-sama. Walaupun tanpa banyak wang dan dengan menggunakan duit sendiri, alhamdulillah kita telah banyak menempa kejayaan. Kini kita perlu teruskan perjuangan ini sehingga ke garisan penamat pada hari pilihanraya umum ke-15 tidak lama lagi. Selepas Parlimen dibubarkan, saya dan rakan-rakan ingin menggandakan usaha sehinggalah kita menang pilihanraya umum. Duit sendiri yang telah saya gunakan untuk perjuangan selama empat tahun kebelakangan ini tidak lagi memadai. Oleh itu kami perlu mengumpul dana untuk pilihanraya umum ini. Saya antara yang paling awal memperjuangkan akta pendanaan politik. Akta ini membolehkan lebih ramai orang terutama orang muda untuk terlibat dalam politik dan untuk bertanding dalam pilihanraya walaupun mereka tidak ada banyak wang atau bukan orang kaya. Jika mereka ada niat dan idea yang baik untuk membangunkan negara, mereka boleh mengumpul da...

EGO TAPI TAKUT

Image
EGO TAPI TAKUT Mohd Puad Zarkashi PH dan PN tidak akan bubar DUN di bawah mereka. BN tidak akan bantah. BN tidak akan buat petisyen rakyat supaya 6 DUN milik PH dan PN juga bubar. BN gentleman. Ini kerana BN juga bubar DUN Johor. Tetapi tujuan BN murni, iaitu mahu membentuk kerajaan Johor yang stabil. Dalam tempoh 6 bulan, pelaburan Johor naik RM 61B. Sedangkan PH dan PN mahu tunjuk kuasa. Mereka mahu tunjuk tidak ikut cakap PM dari UMNO. Ego semata mata. Pokoknya mereka belum sedia. Mereka takut hilang semua.

Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa

Image
Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa 1. Hari ini Mahiaddin Yassin menafikan tindak tanduk kelompok mereka menyebabkan Perdana Menteri terpaksa membubarkan parlimen. 2  Sedangkan  Perdana Menteri menegaskan tindakan 12 Menteri bersikap tidak wajar mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri  lantikan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan  mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan Baginda  menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air. 3. Sedangkan perkara ini boleh dibincangkan dalam kabinet tanpa perlu terus kepada Istana Negara dan dihebahkan pula kepada awam.  Ternyata tindakan ini adalah niat jahat musuh BN untuk mengaibkan Perdana Menteri dari Barisan Nasional. 4. Di sebalik penafian Mahiaddin Yassin, parti beliau juga menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mendedahkan perjanjian persefahaman beliau. Sedangkan Bersatu sudah ada ...

Menjelang PRU-15:

Image
Terdapat percubaan menganggap orang Melayu sebagai Pendatang, benarkah!? Oleh: Naseron Ismail  "AHMAD ZAHID HAMIDI Jawa PONOROGO, dia Pendatang dari Indonesia," demikian tohmahan puak penentang kepimpinan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu. Tektik propaganda kotor dan berniat jahat seperti ini bukan perkara baru. Tetapi mereka lupa 70% masyarakat Melayu di Malaysia sebenarnya berasal dari Kepulauan Nusantara meliputi Indonesia, selebihnya dari Champa (Kambodia), juga dari Siam, Borneo, Sulu dan Mindanao. Jadi tidak timbul isu konon Zahid tidak layak memimpin UMNO, BN dan Negara kerana beliau berasal dari Ponorogo, sebuah Provinsi yang cukup terkenal dan sinonim dengan tarian Kuda Kepang di Jawa Timor. Cuba baca Rencana di bawah ini:- DNA MELAYU telah wujud di Tanah Melayu semenjak lebih 60 tahun yang lalu. - Penyelidik Komentar sangat dialu2kan. - NBI