FUNDRAISING DANA PRU-15 ISHAM JALIL
FUNDRAISING DANA PRU-15 ISHAM JALIL
Sejak kekalahan BN dalam PRU-14 pada tahun 2018, kita telah terus berjuang bersama-sama. Walaupun tanpa banyak wang dan dengan menggunakan duit sendiri, alhamdulillah kita telah banyak menempa kejayaan. Kini kita perlu teruskan perjuangan ini sehingga ke garisan penamat pada hari pilihanraya umum ke-15 tidak lama lagi.
Selepas Parlimen dibubarkan, saya dan rakan-rakan ingin menggandakan usaha sehinggalah kita menang pilihanraya umum. Duit sendiri yang telah saya gunakan untuk perjuangan selama empat tahun kebelakangan ini tidak lagi memadai. Oleh itu kami perlu mengumpul dana untuk pilihanraya umum ini.
Saya antara yang paling awal memperjuangkan akta pendanaan politik. Akta ini membolehkan lebih ramai orang terutama orang muda untuk terlibat dalam politik dan untuk bertanding dalam pilihanraya walaupun mereka tidak ada banyak wang atau bukan orang kaya. Jika mereka ada niat dan idea yang baik untuk membangunkan negara, mereka boleh mengumpul dana secara telus untuk melibatkan diri dalam politik bagi menentukan halatuju dan dasar negara serta untung nasib rakyat. Ini membuka politik Malaysia ke arah yang lebih inklusif di samping meningkatkan ketelusan proses demokrasi.
Walaupun akta ini belum lagi diluluskan di Parlimen, saya akan jalankan inisiatif ini dahulu. Dana yang saya kumpul ini akan diurus secara profesional dalam akaun berasingan khas untuk perbelanjaan pilihanraya dan perjuangan politik saya dan rakan-rakan. Dana ini tidak akan digunakan untuk kegunaan peribadi, semua perbelanjaan akan direkod dan seterusnya diaudit oleh juruaudit bertauliah.
Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai tidak kira sekecil mana atau sebesar mana, biar pun seringgit mahupun sejuta, saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.
Jika saya diberi peluang bertanding, saya akan gunakan dana ini untuk deposit pilihanraya dan perbelanjaan kempen. Jika saya tidak bertanding, saya akan gunakan dana ini untuk terus membantu parti dan rakan-rakan yang bertanding.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyumbang ke akaun berikut:
1. Akaun Bank Rakyat 1102048744 (Hizatul Isham Abdul Jalil)
atau
2. Akaun UMNO Malaysia
Saya juga ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke majlis Fundraising dana PRU-15 saya seperti berikut:
Tarikh: 18 Oktober 2022 (Selasa)
Masa: 8:00PM
Tempat: Riverside Cafe, PWTC KL
Ada buskers, live band, jualan t-shirt, topi cap, cenderahati dan lain-lain. Masuk adalah percuma.
Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh menyumbang melalui belian meja atau kerusi dengan hidangan makanan dengan menghubungi:
Pn Korie +60 12 620 1694
Pn Marissa +60 16 206 5747
Sekian.
Terima kasih kerana menyokong perjuangan saya selama ini.
Salam,
Isham Jalil
14 Oktober 2022
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid013DUYBAV2JWH4hers4p5Gk3j4nfBauU1vVLyvTodjno7x5LczsoTZGGXCPixJFd9l&id=100044476781936
Comments
Post a Comment